Friday 18 November 2011

aQue meNciNtaEi diRimu....

tidak saya pinta jadi begini...
tidak saya pinta untuk mencintai awak..
pernah tak awak tahu perasaan saya pada awak??
cinta dan sayang saya pada awak??

saya tidak cukup kuat..
untuk meluahkan isi hati ini..
cukuplah sekadar menyimpan wajah awak
di dalam kotak memori saya..

izinkan saya...
untuk terus melihat awak dari jauh..
walaupun awak tidak tahu kehadiran saya ini..
andai awak punya perasaan yang sama..
pasti kita sudah bersama..
arghh!!!itu tidak akan mungkin terjadi...

awak pasti tidak tahu..
betapa sakitnya hati ini..
memendam rasa cinta ini...
hendak diluah saya malu..
bagaimana kalau awak tolak cinta saya nanti..
cinta yang lahir dengan sendirinya..
bukan paksaan..
tanpa kira rupa dan kekayaan..

apa yang mampu saya lakukan..
hanyalah berdoa supaya sentiasa...
dapat melihat awak..
dan saya juga berharap..
diri awak masih belum berpunya..
walaupun ramai yang mengatakan sebaliknya..

ya Allah..
aku berdosa kerana menyimpan perasaan ini..
aku terlalu mencintai dirinya..
aku tidak kuat meluahkan segalanya..

awak...
saya tahu saya tidak layak untuk mendampingi awak..
tapi mengapa saya tidak boleh menerima cinta lain..
terlalu ramai yang mengharapkan saya...
tapi saya selalu mengecewakan mereka semua..
kenapa diri ini tidak boleh melupakan dirimu???

No comments:

Post a Comment